6 OGOS 2024 | TERENGGANU DAN KELANTAN
HARI KEDUA LAWATAN RASMI YB TIMBALAN MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI KE LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (LKTN)
Lawatan rasmi YB Datuk Chan Foong Hin (Timbalan Menteri Perladangan Dan Komoditi) diteruskan ke Terengganu dan Kelantan.
Lawatan YB Timbalan Menteri ke Setiu dimulakan dengan melawat Tanaman Kenaf di Kg. Guntong, Setiu, Terengganu sebelum meneruskan lawatan beliau ke Pusat Pemprosesan dan Pengeluaran Produk Kenaf, Saujana, Setiu dan diakhiri dengan Lawatan ke Rumah IBS Kenaf, Saujana.
Delegasi kemudian ke Tempat pemprosesan Tembakau di Jelur,Pasir Puteh,Kelantan dan ke ladang tembakau di Kg. Balai, Bachok dimana turut mengakhiri lawatan rasmi kali ini.
LKTN amat berbesar hati dan berterima kasih atas kesudian YB Timbalan Menteri hadir ke Kelantan. Semoga lawatan ini dapat memberi gambaran sepenuhnya kepada YB Timbalan Menteri tentang industri kenaf dan kawal selia tembakau.
Terima kasih YB Datuk!