MAJLIS PERASMIAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN (HPPNPs) PERINGKAT NEGERI PERLIS TAHUN 2024
Tarikh : 25 Mei 2024 (Sabtu)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Pekarangan Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis
DYMM Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPNPs) Peringkat Negeri Perlis Tahun 2024 bertempat di Pekarangan Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis.
Turut hadir bersama YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Haji Razali bin Saad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Pertanian, Perladangan & Industri Makanan), YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis turut mengurniakan hadiah kepada pemenang Anugerah bagi HPPNs peringkat Negeri Perlis. Seorang peserta tanaman kenaf telah menerima Anugerah Integrasi Jaya iaitu Puan Sabariah Binti Othman dari DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis telah berangkat melawat ke Booth/ Pameran Agensi-Agensi yang terlibat.