Industri Kenaf Rakan Rakyat (IKRaR) merupakan satu aktiviti pengembangan dan pemindahan teknologi bertujuan mencetus dan merangsang pembangunan industri kenaf pada peringkat huluan dan pertengahan.
IKRaR mendekatkan rakyat dengan industri kenaf melalui aktiviti pameran kenaf di luar bandar.
Pada tahun 2017, 3 program IKRaR dan 6 program Bicara Kenaf telah dilaksanakan dengan jumlah penyertaan seramai 6,000 orang dari pelbagai lapisan masyarakat.