INTAN MINISTER’S CONVERSATION (IMC) 2024 DENGAN TEMA MENGUPAYAKAN PERLADANGAN DAN KOMODITI NEGARA, SEJAHTERAKAN RAKYAT

2 SEPTEMBER 2024 | KUALA LUMPUR
 
INTAN MINISTER’S CONVERSATION (IMC) 2024 DENGAN TEMA MENGUPAYAKAN PERLADANGAN DAN KOMODITI NEGARA, SEJAHTERAKAN RAKYAT
 
Hari ini telah diadakan INTAN Minister’s Conversation (IMC) 2024 anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) bersama Kementerian Perladangan dan Komoditi bertemakan “Mengupayakan Perladangan Dan Komoditi Negara, Sejahterakan Rakyat”. YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Menteri Perladangan dan Komoditi) telah menjadi tetamu dalam sesi bual bicara yang diadakan pada IMC 2024 kali ini.
 
Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) turut hadir dan menyertai sesi pameran bagi program ini. Matlamat IMC 2024 yang diadakan ini adalah bagi menyebarluas agenda, perancangan, serta pelaksanaan terkini dasar-dasar awam negara dan seterusnya membuka ruang kepada penjawat awam dan swasta untuk mengemukakan pandangan selari dengan konsep Malaysia MADANI untuk kesejahteraan rakyat Malaysia. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam) dan YBrs. Tuan Haji Wan Baharuddin Wan Ismail (Ketua Pengarah LKTN).
 
Terima kasih diucapkan kepada pengunjung yang sudi melawat reruai pameran LKTN! Teruskan menyokong industri kenaf dan kawal selia tembakau negara 🇲🇾