KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH LKTN KE PEJABAT PENGARAH PENDAKWAAN NEGERI KELANTAN

7 MEI 2024 | KOTA BHARU
 
KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH LKTN KE PEJABAT PENGARAH PENDAKWAAN NEGERI, JABATAN PEGUAM NEGARA NEGERI KELANTAN
 
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri, Jabatan Peguam Negara, Negeri Kelantan.
 
YBrs. Tuan Haji Wan Baharuddin Wan Ismail (Ketua Pengarah LKTN) telah mengetuai kunjungan ini dan telah disambut oleh YBrs. Tuan Muhammad Zaki Abdul Kudos (Pengarah Pendakwaan Negeri Kelantan). Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai penguatkuasaan dan pendakwaan berkenaan kes-kes kesalahan di bawah Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009 [Akta 692].
 
Turut hadir adalah Encik Muhammad Zuhdi Mustaffa (Pengarah Pemasaran Menanggung Tugas Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Operasi), Encik Eizwan Muzani Adzmi (Pengarah Pelesenan dan Penguatkuasaan), serta Encik Tarmizi Mustaffa (Pegawai Undang-Undang).