5 NOVEMBER 2024 | KUALA LUMPUR
KUNJUNGAN HORMAT YBHG. DATUK HAJI WAN ABD RAHIM WAN ABDULLAH (PENGERUSI LKTN) KE ATAS YB TUAN CHANG LIH KANG (MENTERI SAINS,TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)
Sesi kunjungan hormat ini bertempat di Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kuala Lumpur dan dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Operasi) LKTN dan wakil Persatuan Industri Kenaf Malaysia (PIKM).
Pertemuan dua hala ini telah memberi peluang kepada LKTN dan PIKM membincangkan peluang kerjasama strategik dalam pembangunan industri di Malaysia bersama pihak MOSTI.
Terima kasih menyokong industri kenaf negara 