KURSUS AGRIPRENEUR KENAF

Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) Negeri Kedah bersama Unit Latihan telah menganjurkan Kursus Agripreneur Kenaf di Hotel Bustani, Jitra, Kedah.

Kursus Agripreneur Kenaf ini telah telah disertai seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai kalangan masyarakat setempat,
wakil-wakil agensi serta penanam sedia ada. Pelbagai pengisian dan topik berkenaan industri kenaf telah disampaikan oleh pihak penceramah sepanjang
kursus berlangsung. 

Turut dibuka juga kaunter pendaftaran Budi Madani Kategori BUDI Agri-Komoditi, pameran industri kenaf dan jualan produk kraf kenaf, serta
sesi ramah mesra di Kaunter Khidmat Pelanggan LKTN.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang hadir memeriahkan kursus ini.

Teruskan menyokong industri kenaf di Malaysia. Terima kasih
semua!

#LKTN

#kenafmelestarikankehidupan

#kawalseliatembakau

#MalaysiaMadani