KURSUS PEMBIAKBAKAAN BIJI BENIH KENAF 2024

26 – 27 November 2024 (Selasa – Rabu) | Beseri, Perlis

KURSUS PEMBIAKBAKAAN BIJI BENIH KENAF 2024

Unit Latihan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN)  telah menganjurkan Kursus Pembiakbakaan Biji Benih Kenaf 2024 bertempat di Pusat Pemprosesan Biji Benih Kenaf, Beseri, Perlis.

Kursus ini melibatkan 28 peserta yang terdiri daripada kakitangan LKTN dan Kumpulan Sasar dari seluruh Malaysia.

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi latihan dan kemahiran serta pengetahuan kepada peserta tentang perkembangan pembangunan varieti terkini benih kenaf dalam penghasilan kenaf yang bermutu tinggi.

Antara modul yang dipelajari pada hari pertama kursus adalah Pengenalan Kepada Biak Baka Mutasi Tanaman, Ujian Radiosensitiviti dan Kaedah Penyaringan Pokok Mutan oleh Puan Shakinah binti Salleh (Pegawai Penyelidik Kanan, Bahagian Agroteknologi dan Biosains) dari Agensi Nuklear Malaysia. Manakala bagi sesi petang, modul kursus diteruskan dengan tajuk Pencirian Sifat Agronomi dan Morfologi Kenaf serta Kajian Kes dalam Pembangunan Varieti Baharu Kenaf Mutan Menggunakan Sinaran Gama oleh Dr Zaiton binti Ahmad (Pengarah, Bahagian Agroteknologi dan Biosains) dari Agensi Nuklear Malaysia.

Pada hari kedua kursus, peserta didedahkan dengan pembelajaran secara praktikal mengenai Cerapan Data Kenaf di Ladang dan Hands-On (Ujian Cambahan dan Reka Bentuk Eksperimen).

Tahniah buat semua peserta. Semoga dengan ilmu yang dicurahkan dapat memberi manfaat kepada semua.

#unitlatihanlktn
#kursuspembiakbakaanbijibenihkenaf
#dewanregencytitaniumperlis
#pusatpemprosesanbijibenihkenaf
#kenafmelestarikankehidupan
#LKTN
#MalaysiaMadani