26 JUN – 27 JUN 2024, DE PALMA HOTEL SHAH ALAM, SELANGOR
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) telah mengadakan Kursus Pemindahan Teknologi Kenaf bertempat di Dewan Teratai, De Palma Hotel Shah Alam, Selangor.
Tujuan Kursus ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan terkini bagi merangsang idea dan inovasi baru yang boleh diguna dalam pelbagai sektor berkaitan kenaf.
Seramai 38 orang peserta yang telah mengikuti kursus ini dari pelbagai negeri. Perasmian Kursus dirasmikan oleh YBrs. Ts. Mohd Zaim Mohd Nor, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (BRD), Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN).
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Kursus Pemindahan Teknologi Kenaf 2024. Semoga para peserta dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam berdasarkan modul yang dipelajari.