10 JUN – 11 JUN 2024
Unit Latihan, Ibu Pejabat Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Aset Kerajaan Siri 1 yang bertarikh 10 hingga 11 Jun 2024 bertempat di Bilik Gerakan, Ibu Pejabat LKTN.
Kursus ini melibatkan seramai 27 orang peserta.
Objektif Kursus ini diadakan adalah untuk memberi penerangan dan kefahaman berkenaan arahan pengurusan aset kerajaan yang terkini bagi memastikan tatakelola pengurusan aset dapat dilaksanakan dengan betul.
Semoga peserta dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam berdasarkan modul kursus yang dipelajari.
Terima kasih diucapkan kepada para peserta atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh kursus berlangsung.