KURSUS PENGURUSAN DAN ETIKA PEMANDUAN KENDERAAN KERAJAAN 2024

7-8 Oktober 2024 (Isnin-Selasa) | Kursus Pengurusan dan Etika Pemanduan Kenderaan Kerajaan 2024

Institut Latihan Kenaf dan Tembakau Negara (INSKET), Pasir Puteh

Unit Latihan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) telah menganjurkan Kursus Pengurusan dan Etika Pemanduan Kenderaan Kerajaan 2024 bertempat di INSKET, Pasir Puteh.

Kursus ini melibatkan 30 orang kakitangan LKTN dari seluruh negara. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dalam aspek asas teknikal kenderaan yang boleh membantu pemandu memahami teknik pengawalan kenderaan dengan lebih sempurna dan selamat.

Antara modul yang dipelajari pada hari pertama kursus adalah Pengurusan Stress dalam Pemanduan, Undang-undang dan Peraturan Jalan Raya, Pemanduan Berhemah dan Defensive Driving, Sesi Hands-On Driving and Riding yang disampaikan oleh tuan penceramah iaitu Encik Jalal Ikram bin Mohamed Nori, Ketua Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kelantan.

Manakala, pembelajaran modul pada hari terakhir kursus adalah Pengisian Buku Log, Tanggungjawab Pemandu (Sebelum, Semasa dan Selepas tamat perjalanan), Tatacara Etika Pemanduan serta Komunikasi Pemandu yang telah dikendalikan oleh tuan penceramah dari Bahagian Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Kelantan iaitu Encik Syed Mohd Fauzi bin Syed Harun dan Encik Qayyum bin Mohammed Danian.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang terlibat. Semoga dengan ilmu yang dikongsikan bersama dapat meningkatkan kemahiran, disiplin dan sopan santun dalam pemanduan.