KURSUS PENULISAN DOKUMEN RASMI KERAJAAN 2024

2-3 Oktober 2024 (Rabu-Khamis) | Kursus Penulisan Dokumen Rasmi Kerajaan 2024

Institut Latihan Kenaf dan Tembakau (INSKET), Pasir Puteh, Kelantan

Unit Latihan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) telah menganjurkan Kursus Penulisan Dokumen Rasmi Kerajaan bertempat di INSKET, Pasir Puteh.

Kursus ini telah berlangsung selama dua(2) hari yang dihadiri oleh 30 orang kakitangan LKTN dari seluruh negara. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran yang baik kepada para peserta dalam menghasilkan penulisan yang berkualiti dan mencapai objektif yang ditetapkan oleh jabatan.

Antara modul yang dipelajari adalah seperti penggunaan bahasa, struktur dan reka bentuk bagi penyediaan memo, format surat dan e-mel rasmi yang disampaikan oleh wakil dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merangkap penceramah kursus iaitu Encik Abdullah Mohd Yassin (Munsyi DBP), Tuan Haji Mohammed Haron (Munsyi DBP) dan Puan Rohani Ya (Penolong Perancang Bahasa Akademi DBP)

Terima kasih diucapkan kepada para peserta atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang kursus berlangsung.