KURSUS USAHAWAN KENAF BRICKS 2025

21-22 MEI 2025 | KURSUS USAHAWAN KENAF BRICKS 2025 | VCI IBS SDN. BHD. TUMPAT. KELANTAN

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) telah mengadakan Kursus Usahawan Kenaf Bricks Tahun 2025 di Syarikat Vertex Central Industries Sdn. Bhd. Tumpat, Kelantan. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi kemahiran dan pengalaman kepada peserta tentang cara-cara pembuatan Kenaf Bricks.

Kursus ini dikendalikan oleh pihak Syarikat VCI dan telah disertai seramai 24 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan LKTN serta kumpulan sasar. Pada hari pertama kursus, peserta didedahkan tentang pengenalan dan penghasilan blok kenaf secara manual manakala hari kedua kursus pula peserta diajar bagaimana cara untuk menghasilkan blok kenaf secara semi automatik. Kursus ini melibatkan 60% teori dan 40% amali.

Semoga kursus selama 2 hari ini dapat memberi manfaat serta meningkatkan kemahiran para peserta dalam menghasilkan produk bata kenaf yang berkualiti.