LAWATAN DAN PERBINCANGAN ANTARA LKTN DAN SYARIKAT PJM KABONG SDN. BHD.

21 & 22 APRIL 2024 | KOTA BHARU
 
Hari ini telah diadakan program lawatan dan perbincangan antara Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) dan syarikat PJM Kabong Sdn. Bhd. bertempat di Ibu Pejabat LKTN, Kota Bharu, Kelantan.
 
Lawatan dan perbincangan ini diketuai oleh YBrs. Tn. Hj. Wan Baharuddin Wan Ismail (Ketua Pengarah LKTN) bagi melihat potensi pembangunan kenaf di Kabong, Sarawak. Delegasi syarikat PJM Kabong Sdn. Bhd. diketuai oleh Tuan Haji Mohamad Yussof Rahman dan disertai oleh Tuan Charles John Antau dan Tuan John Antau Linggang.
 
Delegasi seterusnya dibawa melawat Pusat Pemprosesan Produk Kenaf, Saujana, Setiu, Terengganu dan telah diberikan taklimat oleh En. Muhamad Amirullah Nablan (Pengarah LKTN Negeri Terengganu). Pada hari kedua, delegasi telah dibawa melawat Plot Tanaman Penyelidikan Kenaf di Institut Latihan Kenaf Dan Tembakau (INSKET) dan telah diberi taklimat oleh En. Azizi Fikri Mat Fauzi (Penolong Pengarah Pembangunan Dan Pengembangan LKTN).
 
Terima kasih dan teruskan menyokong industri kenaf dan penguatkuasaan tembakau negara 🇲🇾