LAWATAN JPA DAN KPK KE PROJEK PENANAMAN KENAF DAN KILANG PEMPROSESAN DAN PENGELUARAN PRODUK KENAF

26 FEBRUARI 2024 | PASIR PUTEH DAN SETIU
 
LAWATAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) DAN KEMENTERIAN PERLADANGAN DAN KOMODITI (KPK) KE PROJEK PENANAMAN KENAF DAN KILANG PEMPROSESAN DAN PENGELUARAN PRODUK KENAF
 
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) telah menerima kunjungan daripada Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Perladangan Komoditi (KPK) bermula hari ini. Delegasi ini telah dibawa mengunjungi ke Projek Tanaman Kenaf di Jeram Mengaji, Pasir Puteh, Kelantan bagi pengeluaran makanan ternakan.
 
Delegasi ini turut dibawa melawat ke Bahagian Kejuruteraan dan Kilang (BKK) bagi meninjau jentera yang digunakan untuk memproses tanaman kenaf dan seterusnya melawat plot verifikasi tanaman fiber kenaf di Institut Latihan Kenaf dan Tembakau (INSKET), Pasir Puteh.
 
Lawatan ini diteruskan ke Pusat Pemprosesan dan Pengeluaran Produk Kenaf di Saujana, Setiu, Terengganu bagi melihat dengan lebih dekat penghasilan thermobonding kenaf dan melihat produk-produk kenaf di Rumah IBS Kenaf.
 
Turut hadir adalah YBrs. Tuan Hj. Wan Baharuddin Wan Ismail (Ketua Pengarah LKTN), YBrs. En. Mohammad Rafie Abdul Majid (Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi JPA) dan YBrs. Pn. Hanim Abdollah (Setiausaha Bahagian Sumber Manusia KPK).