LAWATAN KERJA DARI JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA KE IBU PEJABAT LKTN

9 MEI 2024 | KOTA BHARU DAN TUMPAT
 
Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) telah menerima lawatan kerja dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) di Ibu Pejabat LKTN, Kota Bharu, Kelantan.
 
Lawatan kerja ini diadakan bertujuan sebagai perkongsian maklumat berkaitan industri kenaf dan tembakau di Malaysia. Delegasi DOSM telah diketuai oleh YBrs. En. Amri Idris (Ketua Kontinjen) manakala LKTN telah diwakili oleh En. Nik Muhamad Azhar Nik Mustapha (Pengurus Wilayah Timur), Ts. Mohd Za’im Mohd Nor (Pengarah Penyelidikan Dan Pembangunan) serta En. Mohd Norsyam Yahaya (Penolong Pengarah Perancangan Strategik).
 
Lawatan dimulakan di Galeri Kenaf, Ibu Pejabat LKTN dimana telah dijalankan penerangan berkenaan tanaman tembakau dan aktiviti pelesenan tembakau dan seterusnya penerangan berkaitan industri kenaf melibatkan aktiviti tanaman, pemprosesan dan pengeluaran produk berasaskan kenaf.
 
Seterusnya delegasi dibawa ke syarikat bagi melihat dengan lebih dekat pengembangan produk berasaskan kenaf hasil kajian penyelidikan dan pembangunan (K-Nuffcrete) melibatkan kerjasama LKTN, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Vertex Group.
 
Terima kasih dan teruskan menyokong industri kenaf dan kawal selia tembakau negara 🇲🇾