LAWATAN KERJA PENGERUSI LKTN KE PEJABAT NEGERI MELAKA

4 MAC 2024 | MELAKA
 
Sekitar lawatan kerja YBhg. Datuk Hj. Wan Ab Rahim Wan Abdullah, Pengerusi Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) ke Pejabat LKTN Negeri Melaka.
 
Encik Mohamad Adam Md Isa (Pegawai LKTN Negeri Melaka) telah mengiringi YBhg. Datuk Pengerusi dan menyampaikan taklimat kepada beliau berkenaan tanaman kenaf dan pelesenan tembakau dan keluaran tembakau khususnya bagi negeri Melaka.
 
Lawatan turut diteruskan Pusat Industri Kenaf, Merlimau bagi meninjau aktiviti-aktiviti pemprosesan kenaf.