8 JUN 2024 | KOTA BHARU
YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Menteri Perladangan Dan Komoditi) telah hadir ke Ibu Pejabat Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) hari ini sempena lawatan kerja rasmi beliau yang pertama ke LKTN.
Dalam lawatan ini, YB Datuk Seri Johari menekankan agar LKTN terus memberikan komitmen dan dedikasi yang tinggi dalam menjadi peneraju industri kenaf dan kawalselia industri tembakau negara dalam menjana ekonomi bagi memartabatkan sektor agrikomoditi ini sebagai salah satu penyumbang ekonomi negara.
Beliau telah membuat lawatan ke Galeri Kenaf serta Stor Rampasan Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan LKTN bagi melihat dengan lebih dekat kemajuan industri kenaf dan aktiviti kawalselia industri tembakau. Taklimat ringkas juga telah disampaikan kepada beliau oleh Tn. Hj. Wan Baharuddin Wan Ismail (Ketua Pengarah LKTN) dan ahli-ahli pengurusan tertinggi LKTN. Turut hadir bersama YBhg. Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Pengerusi LKTN).
Terima kasih diucapkan kepada YB Datuk Seri Johari dan delegasi yang berkesempatan membuat lawatan kerja rasmi ke LKTN. Semoga industri kenaf terus kekal relevan dan kawalselia industri tembakau terus dipertingkatkan.
Teruskan menyokong industri kenaf negara 
