LAWATAN PENGERUSI LKTN KE KAWASAN PENANAMAN KENAF PEKEBUN KECIL, KG. TEDONG, MERLIMAU

18 JULAI 2024 | MERLIMAU
 
YBhg. Datuk Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah, Pengerusi Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) hari ini telah mengadakan lawatan dan tinjauan ke Kawasan Penanaman Kenaf Pekebun Kecil di Kg. Tedong, Merlimau, Melaka. Beliau turut berkesempatan berjumpa serta beramah mesra bersama pekebun kecil di sekitar kawasan tersebut.
 
Turut mengiringi YBhg. Datuk Pengerusi adalah Encik Mohamad Adam Md Isa (Pegawai LKTN Negeri Melaka).