20-21 MEI 2024 | KOTA BHARU
Telah berlangsung Lawatan Penilaian Outcome Program/Projek Terpilih dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penilaian Outcome (JKPO) Bil. 17/2023 – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) yang diadakan di Ibu Pejabat Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN).
Hari pertama telah diadakan sesi lawatan ke kawasan tanaman kenaf bertempat di Kg. Guntong, Setiu, Terengganu. Keluasan tanaman adalah seluas 24 hektar yang melibatkan 16 orang pekebun kecil kenaf bagi tujuan pengeluaran fiber. Lawatan ini disertai oleh wakil dari Kementerian Kewangan (MOF), wakil dari Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), wakil dari KPK, serta para pegawai LKTN.
Hari kedua pula telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penilaian Outcome (JKPO) Bil. 17/2023 – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) di Ibu Pejabat LKTN.
YM Raja Muhammad Azhan Shah Raja Muhammad, Timbalan Ketua Pengarah, Sektor Pemantauan dan Pembangunan, Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) telah mempengerusikan mesyuarat pada kali ini.
Penilaian outcome bagi projek pembangunan ini dilaksanakan kepada Agensi di bawah seliaan KPK melibatkan LKTN, Lembaga Koko Malaysia (LKM), Lembaga Lada Malaysia (MPB), Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB).