26 FEBRUARI 2024 | JITRA
Program Lawatan daripada Bahagian Operasi Kenaf, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) yang diwakili oleh Encik Abd Ghani Ismail (Pengurus Kanan) dan Encik Ariff Zabri, (Penolong Pengurus) ke Pusat Pemprosesan Biji Benih Kenaf Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) Negeri Kedah.
Tujuan lawatan ini adalah sebagai pendedahan kepada PPPNP berkenaan pemprosesan dan pengendalian biji benih, tempat penyimpanan serta pengujian biji benih kenaf.
Turut hadir mewakili LKTN adalah Encik Muhammad Syafiq Fadzil (Pengurus Wilayah Utara), Encik Wan Ahmad Akmal Faesal Ahmad Juhari (Pegawai Negeri Kedah), Encik Saifulazarul Fitri (Pegawai Negeri Perak) dan Puan Norhalizawati Ibni (Pengurus Pusat Pemprosesan Biji Benih Kenaf, Jitra).
Teruskan menyokong industri kenaf negara 