LAWATAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) KE IBU PEJABAT LKTN

28 JANUARI 2024 | KOTA BHARU

Lawatan dan perbincangan projek kolaborasi antara LKTN dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi projek prototaip Eco-Caldent di bawah geran Prototaip Development Research Grant (PRGS), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Perbincangan projek ini telah dipengerusikan oleh Ts. Mohd Fadhzel Mohd Nasir, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan LKTN manakala delegasi USIM diketuai oleh YBrs. Dr. Muhammad Annurdin Bin Sabaruddin, Ketua Penyelidik bersama lima orang ahli penyelidik USIM.

Delegasi USIM juga sempat melawat Galeri Kenaf bagi melihat produk-produk berasaskan kenaf hasil daripada kajian yang telah dilaksanakan sebelum dibawa melawat ke RMCC Gual Mesa bagi melihat aktiviti pemprosesan fiber kenaf.

Teruskan menyokong industri kenaf negara