LAWATAN WAKIL SYARIKAT TAIWAN DAN TEMPATAN UNTUK MENEROKA PELUANG PELABURAN DALAM INDUSTRI KENAF

10 NOVEMBER 2024 | KOTA BHARU
 
YBhg. Datuk Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah, Pengerusi Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) telah menerima kunjungan daripada wakil Syarikat Taiwan dan syarikat tempatan yang berminat untuk melabur dalam industri kenaf di peringkat huluan dan hiliran.
 
Delegasi ini telah melawat Galeri Kenaf dan seterusnya diberi taklimat dan perbincangan mengenai industri kenaf di Pejabat Pengerusi LKTN. Sesi ini turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Wan Baharuddin Wan Ismail (Ketua Pengarah) dan Ts. Mohd Fadzhel Mohd Nasir (Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan).
 
Potensi pelaburan ini melibatkan kerjasama secara “private driven” untuk pembangunan ladang perintis serta pembinaan kilang proses dan produk kenaf.
 
LKTN mengalu-alukan penglibatan pihak swasta dalam usaha mengembangkan industri secara pengkomersialan oleh pihak swasta dan disokong oleh LKTN.