LAWATAN YB EXCO NEGERI PERLIS KE RUMAH IBS KENAF

22 FEBRUARI 2024 | AYER MOLEK
 
LAWATAN YB EXCO NEGERI PERLIS KE RUMAH IBS KENAF
 
Program Lawatan YB Tuan Haji Razali Bin Saad (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis Pertanian, Perladangan Dan Industri Makanan, Hal Ehwal Pengguna Dan Kos Sara Hidup, Kemajuan Desa Dan Luar Bandar) ke rumah IBS Kenaf di Kampung Paya Dalam, Ayer Molek, Melaka.
 
Tujuan lawatan ini adalah untuk YB Tuan Haji Razali melihat sendiri rumah contoh yang dibina berasaskan kenaf. Wakil LKTN yang turut hadir adalah En. Mohamad Adam Md Isa (Pegawai Negeri Melaka), En. Mohammad Nazri Romli (Pegawai Negeri Perlis) dan En Mohd Saifulrizam Abu Bakar (Penolong Pengarah Pelesenan Dan Penguatkuasaan).