31 MAC 2024 | KOTA BHARU
MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN (KSK) LKTN
Majlis berbuka puasa secara santai ini di mulai dengan sesi tazkirah ringkas Ramadan yang telah disampaikan oleh Hj. Nik Muhamad Azhar Nik Mustapha selaku Pengerusi KSK LKTN.
Pihak KSK amat berbesar hati mengalu-alukan kedatangan kakitangan LKTN yang sudi meluangkan masa hadir ke majlis ini.Diadakan juga sesi Penyampaian Sumbangan Asnaf kepada tujuh (7) orang penerima. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penerima dalam sambutan Aidilfitri tahun ini.
Turut hadir bersama bagi memeriahkan majlis ini adalah YBhg. Datuk Hj. Wan Abd. Rahim Wan Abdullah (Pengerusi LKTN), Tuan Hj. Wan Baharuddin Wan Ismail (Ketua Pengarah LKTN), Ts. Mohd Fadzhel Mohd Nasir (Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan LKTN) dan En. Muhamad Zuhdi Mustaffa (Pengarah Bahagian Pemasaran Menjalankan Tugas Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Dan Operasi LKTN).
Terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) KSK LKTN yang telah membantu dalam menjayakan majlis ini.