5 MEI 2024 | BACHOK
MAJLIS PEMBUKAAN PEJABAT BAHARU LKTN WILAYAH TIMUR DAN NEGERI KELANTAN
Hari ini telah diadakan Majlis Pembukaan Pejabat Baharu Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) Wilayah Timur dan Negeri Kelantan bertempat di Perkarangan Pejabat LKTN Wilayah Timur dan Negeri Kelantan.
Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah (Pengerusi LKTN) dan diiringi YBrs. Tuan Haji Wan Baharuddin Wan Ismail (Ketua Pengarah LKTN). Ucapan aluan telah disampaikan oleh Tuan Haji Nik Muhamad Azhar Nik Mustapha (Pengurus LKTN Wilayah Timur).
Pengerusi serta pengurusan tertinggi LKTN sempat menghadiri jamuan makan dan menyantuni para tetamu yang hadir.