MAJLIS PENYERAHAN SAMPEL ORIENTED STRAND BOARD (OSB) DIPERBUAT DARIPADA KENAF CORE

10 NOVEMBER 2024 | KOTA BHARU

MAJLIS PENYERAHAN SAMPEL ORIENTED STRAND BOARD (OSB) DIPERBUAT DARIPADA KENAF CORE

Hari ini telah diadakan Majlis Penyerahan Sampel Oriented Strand Board (OSB) daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) bertempat di Ibu Pejabat Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Kota Bharu, Kelantan.

Sesi penyerahan telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Dr. Wan Mohd Nazri Wan Abdul Rahman (Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Jengka, Cawangan Pahang) kepada YBrs. Tn. Hj. Wan Baharuddin Wan Ismail (Ketua Pengarah LKTN). Turut hadir ialah Ts. Mohd Fadzhel Mohd Nasir (Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan), En. Muhammad Zuhdi Mustaffa (Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Operasi) dan Ts. Mohd Za'im Mohd Nor (Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan).

Produk OSB berasaskan kenaf dihasilkan melalui Kajian Penyelidikan Kerjasama LKTN & UiTM bertajuk “Development of Kenaf Wood from OSB Concept and Potential Market in Malaysia”. Pengeluaran produk OSB berasaskan kenaf telah berjaya dihasilkan secara ujian komersial di fasiliti Pioneer OSB Sdn Bhd, Kedah.

Semoga kerjasama antara kedua pihak dapat diteruskan bagi memajukan industri kenaf negara.

#LKTN

#kenafmelestarikankehidupan

#kawalseliaindustritembakau

#MalaysiaMadani