MAJLIS PERASMIAN PAMERAN PERTANIAN, HORTIKULTUR DAN AGRO PELANCONGAN MALAYSIA 2024

14 SEPTEMBER 2024 | SERDANG
 
MAJLIS PERASMIAN PAMERAN PERTANIAN, HORTIKULTUR DAN AGRO PELANCONGAN MALAYSIA (МАНА) 2024
 
Hari ini telah diadakan Majlis Perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (МАНА) 2024 bertempat di Dewan D2, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.
 
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Perdana Menteri) telah menyempurnakan majlis perasmian MAHA 2024 yang turut meraikan 100 tahun penganjurannya. Turut hadir dan menyampaikan ucapan aluan adalah YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu (Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan).
 
Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) bersama-sama agensi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah menyertai MAHA 2024 sebagai pempamer di Reruai Nombor 4, Hall A.
 
Teruskan menyokong industri kenaf dan kawal selia industri tembakau negara 🇲🇾