6 MAC 2024 | TUMPAT
MAJLIS PERASMIAN SURAU AL-AMIN
Hari ini telah diadakan Majlis Perasmian Surau Al-Amin bertempat di Chabang Empat, Tumpat, Kelantan. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Pengerusi LKTN) disaksikan oleh YBrs. Ts. Mohd Ali Amin Ab Latif (Pengarah Urusan, VCI IBS Sdn. Bhd.) dan YBrs. Ts. Mohd Fadzhel Mohd Nasir (Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan LKTN).
Perasmian Surau Al-Amin hari ini merupakan salah satu perjanjian kerjasama di antara Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) dengan Syarikat VCI IBS Sdn. Bhd. dalam membangunkan projek penyelidikan iaitu K-NUFFCRETE.
YBhg. Datuk Pengerusi turut berkesempatan menyampaikan sijil Kursus Pembuatan Bata Kenaf (K-NUFFCRETE) yang telah berlangsung pada 5 dan 6 Mac 2024 kepada wakil peserta kursus. Beliau seterusnya menyempurnakan penyerahan sumbangan kepada 40 orang asnaf di Mukim Jajahan Tumpat. Majlis diakhiri dengan Gimik Perasmian Surau Al-Amin dan Lawatan Surau dimana hadirin menyaksikan Demonstrasi Bata Kenaf (K-NUFFCRETE).
Semoga kerjasama ini dapat diteruskan seiring dengan pembangunan industri kenaf negara 
