28 APRIL 2024 | KOTA BHARU
Hari ini telah diadakan Majlis Perhimpunan Kakitangan dan Bicara Integriti bertempat di Dewan Jubli Perak, Ibu Pejabat Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN), Kota Bharu, Kelantan.
Program ini dihadiri oleh seramai 248 orang kakitangan LKTN seluruh negara bagi mendengar ceramah Bicara Integriti: Pembudayaan Kerja Berintegriti yang telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Salasiah Hanin Hamjah dari Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Turut hadir adalah YBrs. Tuan Haji Wan Baharudin Wan Ismail (Ketua Pengarah LKTN) bersama Ts. Mohd Fadzhel Mohd Nasir (Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan) serta En. Muhammad Zuhdi Mustaffa (Pengarah Pemasaran Menanggung Kerja Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Dan Operasi).
Semoga ceramah yang disampaikan dapat memupuk semangat berintegriti warga kerja LKTN dalam berkhidmat kepada masyarat 
