MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI 2024 BERSAMA PERDANA MENTERI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

9 MEI 2024 | KUALA TERENGGANU
 
MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI 2024 BERSAMA YAB PERDANA MENTERI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
 
Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024, Peringkat Negeri Terengganu bersama Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah berlangsung di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu, hari ini.
 
Bertemakan #RayaMADANI, majlis ini telah dimeriahkan dengan kehadiran lebih 15,000 orang hadirin yang menyajikan pelbagai jenis juadah istimewa. Majlis ini diadakan bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat muhibbah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat dan pemimpin.
 
Turut hadir bersama ialah Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Haji Fadillah Haji Yusof, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik dan Pengurusan) KPK YBhg. Dato’ Abdul Hadi Omar, Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi) YBhg. Dato’ Razali Mohamad, Ahli-ahli Yang Berhormat; Ketua-ketua Setiausaha Kementerian; Ketua-ketua Jabatan daripada peringkat Persekutuan dan Negeri.
 
YBhg. Datuk Hj Wan Ab Rahim Wan Abdullah Pengerusi Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara dan YBrs. Tn Hj Wan Baharuddin Wan Ismail turut hadir memeriahkan majlis.