21-23 JUN 2024 | AYER KEROH
MELAKA AGROFEST 2024
Karnival ini telah berlangsung selama tiga hari bermula pada 21Jun 2024 sehingga 23 Jun 2024 di Dataran Sejarah Ayer Keroh Melaka. Melaka Agrofest tahun ini bertemakan “Keterjaminan Makanan Tunjang Kemakmuran Negeri” juga bersempena dengan Tahun Melawat Melaka 2024.
Karnival Melaka Agrofest dianjurkan dengan pelbagai aktiviti dan acara yang menarik seperti pameran Agensi serta “Gegau Kendurian” iaitu durian percuma yang diagihkan kepada setiap pengunjung yang hadir. Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) Negeri Melaka turut berkesempatan mengambil peluang menyertai karnival tersebut dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada para pengunjung yang sudi hadir dan memeriahkan reruai LKTN pada program ini.
Perasmian Karnival Melaka Agrofest telah dirasmikan oleh YB Dr. Muhamad Akmal Saleh (EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan).