MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KSK DAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA

4 MAC 2024 | KOTA BHARU
 
MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN (KSK) LKTN KALI KE 17 DAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA LKTN KALI KE 15
 
Mesyuarat agung ini diadakan secara fizikal bagi kakitangan Ibu Pejabat dan LKTN berdekatan dan secara atas talian melalui aplikasi zoom bagi kakitangan luar kawasan serta yang tidak dapat menghadiri secara fizikal.
 
Mesyuarat ini diadakan bertempat di Dewan Jubli Perak pada jam 10.00 pagi (KSK) dan jam 2.30 petang (Puspanita) selepas perhimpunan dan ceramah agama yang diadakan pada sebelah pagi.
 
Tahniah diucapkan kepada ahli jawatankuasa (AJK) yang baharu dilantik melalui sistem undian yang dilaksanakan pada 28 Februari 2024 sehingga 4 Mac 2024 yang lalu.
 
Semoga lantikan baharu ini akan mengekalkan kecemerlangan KSK dan Puspanita dalam menguruskan isu dan perkara berkaitan.