OPERASI MEGA BERSEPADU PENGUATKUASAAN AKTA KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM 2024 (AKTA 852) DI SEKITAR NEGERI KEDAH

28 OKTOBER 2024 | ALOR SETAR

OPERASI MEGA BERSEPADU PENGUATKUASAAN AKTA KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM 2024 (AKTA 852) DI SEKITAR NEGERI KEDAH

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah telah melaksanakan Operasi Mega Bersepadu Penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) di sekitar Alor Setar, Kedah yang melibatkan seramai 150 orang pegawai daripada beberapa agensi iaitu Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) Negeri Kedah , Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Operasi Mega Bersepadu ini dirasmikan oleh YBrs. Dr. Ismuni Bin Bohari, Pengarah Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang bertujuan bagi memperkenalkan Akta baru yang telah diluluskan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (Akta 852) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024.

LKTN Negeri Kedah telah turut serta menjalankan operasi bagi aktiviti semakan dan pendaftaran Lesen Mengedar Tembakau atau Keluaran Tembakau mengikut Akta LKTN 2009 (Akta 692) dan Peraturan-peraturan LKTN (Pelesenan Tembakau dan Keluaran Tembakau) 2011 yang melibatkan kekuatan 5 anggota Pegawai Diberi Kuasa (PDK) LKTN Negeri Kedah. LKTN komited bagi memastikan semua premis yang menjual produk keluaran tembakau mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan urusniaga.

Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran lesen boleh dibuat melalui laman Pelesenan LKTN.

#LKTN

#kawalseliaindustritembakau

#kenafmelestarikankehidupan

#MalaysiaMadani