OPERASI MEGA BERSEPADU PENGUATKUASAAN AKTA KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM 2024 [AKTA 852] PERINGKAT KEBANGSAAN DI NEGERI PAHANG

19 OKTOBER 2024 | KUANTAN, PAHANG

OPERASI MEGA BERSEPADU PENGUATKUASAAN AKTA KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM 2024 [AKTA 852] PERINGKAT KEBANGSAAN DI NEGERI PAHANG
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) Negeri Pahang telah dijemput untuk turut terlibat dalam Operasi Mega Bersepadu Penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Akta 852) Peringkat Kebangsaan di Negeri Pahang yang diadakan bermula 17 hingga 19 Oktober 2024.
Operasi bersepadu ini juga melibatkan Pegawai Penguatkuasa merangkumi pelbagai skim perkhidmatan daripada semua agensi terlibat iaitu Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Pahang.
Tujuan Operasi Mega Bersepadu ini adalah untuk memberi tumpuan kepada larangan promosi, pengiklanan dan tajaan, kawalan penjualan, pembelian dan penggunaan produk merokok terutama rokok elektronik dan vape dalam kalangan Orang Belum Dewasa (OBD).
Disamping itu juga, LKTN telah menjalankan operasi bagi aktiviti semakan dan pendaftaran Lesen Mengedar Tembakau atau Keluaran Tembakau mengikut Akta LKTN 2009 (Akta 692) dan Peraturan-peraturan LKTN (Pelesenan Tembakau dan Keluaran Tembakau) 2011 yang melibatkan kekuatan 6 anggota Pegawai Diberi Kuasa (PDK) LKTN Negeri Pahang.
Operasi Mega ini diakhiri dengan Program Walkabout BeBAs dan Operasi Mega Bersepadu Bersama YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia di sekitar bandar Kuantan, Pahang. Pegawai LKTN yang turut hadir pada sesi ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Operasi) LKTN, En. Muhammad Zuhdi bin Mustaffa, Pengarah Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan LKTN, En. Eizwan Muzani bin Adzmi serta pegawai-pegawai LKTN lain yang turut terlibat.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
+6
 
 
Semua reaksi:

Mzdin Hassan, Nur Baity dan 17 yang lain