OPERASI MEGA BERSEPADU PENGUATKUASAAN AKTA KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM 2024 (AKTA 852) SEKITAR NEGERI PERLIS

29 OKTOBER 2024 | KANGAR, PERLIS

OPERASI MEGA BERSEPADU PENGUATKUASAAN AKTA KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM 2024 (AKTA 852) DI SEKITAR NEGERI PERLIS

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis telah melaksanakan Operasi Mega Bersepadu Penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) di sekitar Kangar, Perlis yang melibatkan seramai 80 orang pegawai daripada beberapa agensi iaitu Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) Negeri Perlis , Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK).

Operasi Mega Bersepadu ini dirasmikan oleh YBrs. Dr. Ghazali Bin Chik Pengarah Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis yang bertujuan bagi memperkenalkan Akta baru yang telah diluluskan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (Akta 852) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024.

LKTN Negeri Perlis telah turut serta menjalankan operasi bagi aktiviti semakan dan pendaftaran Lesen Mengedar Tembakau atau Keluaran Tembakau mengikut Akta LKTN 2009 (Akta 692) dan Peraturan-peraturan LKTN (Pelesenan Tembakau dan Keluaran Tembakau) 2011 yang melibatkan kekuatan 4 anggota Pegawai Diberi Kuasa (PDK) LKTN Negeri Perlis. LKTN komited bagi memastikan semua premis yang menjual produk keluaran tembakau mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan urusniaga.