3-4 OGOS 2024 | KUANTAN
PAHANG AGROFEST 2024
Program Pahang Agrofest telah berlangsung selama 2 hari pada 3 dan 4 Ogos 2024 di Rumah Pahang, Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, Kuantan.
Program telah dirasmikan oleh Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Ir Haji Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak.
Perbagai aktiviti menarik telah diadakan di Pahang Agrofest kali ini. Terdapat 68 pameran daripada pelbagai agensi, kursus dan demonstrasi serta gerai jualan hasil dan produk pertanian.
Suasana program sangat meriah dengan kehadiran ramai pengunjung dan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) Negeri Pahang turut berkesempatan menyertai program ini di booth G18. Terima kasih diucapkan kepada para pengunjung yang hadir dan memeriahkan reruai LKTN pada program ini.