12 – 13 OGOS 2024 | KUALA LUMPUR
PAMERAN SEMPENA MALAYSIA COMMERCIALISATION YEAR (MCY) SUMMIT 2024
Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) telah menyertai Malaysia Commercialisation Year (MCY) Summit 2024 anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada 12 dan 13 Ogos 2024 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). MCY Summit merupakan acara kemuncak dan program tahunan yang bertujuan mengiktiraf serta meraikan pencapaian penyelidik dan usahawan teknologi tempatan yang telah berjaya mengkomersialkan produk, teknologi dan perkhidmatan hasil penyelidikan dan pembangunan di pasaran tempatan dan antarabangsa, disamping mempromosikan inisiatif-inisiatif yang sedang dijalankan oleh MOSTI.
Majlis perasmian MCY Summit 2024 telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. LKTN juga berkesempatan menyertai pameran sempena MCY Summit 2024 ini bersama 2 syarikat produk kenaf yang telah menerima geran MOSTI iaitu Tasblock (M) Sdn. Bhd. dan Tunas Arif Sdn. Bhd. Penyertaan pameran ini merupakan salah satu usaha untuk memperkenalkan dan mempromosikan kenaf serta produk berasaskan kenaf kepada masyarakat umum.
Terima kasih dan teruskan menyokong industri kenaf negara