Program Pengembangan dan Pemindahan Teknologi Kenaf menitikberatkan penglibatan keseluruhan pekebun kecil kenaf, pemain industri, agensi kerajaan berkaitan dan penduduk setempat untuk sama-sama menggembleng tenaga dan berkongsi pengetahuan dalam merealisasikan pembangunan industri kenaf yang lengkap bermula dari penanaman benih sehingga pemasaran produk.
Aktiviti pengembangan dan pemindahan teknologi yang dilaksanakan adalah seperti berikut:-
a) Pertunjukan Cara dan Kaedah (PCK)
b) Perjumpaan Penanam
c) Lawatan Padang