21 JANUARI 2024 | KUALA TERENGGANU
Pengujian bot komposit kenaf telah diujicuba di MSET Shipbuilding Corporation Sdn Bhd, Kuala Terengganu. Penghasilan bot komposit kenaf ini adalah hasil kajian bertajuk “Pengkomersialan Tekstil Kenaf Sebagai Bahan Mentah Dalam Industri Pembuatan Bot” yang dijalankan oleh Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Turut hadir YBrs. Ts Mohd Fadzhel Mohd Nasir, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LKTN, Ts Mohd Za’im Mohd Nor (Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan) dan En Muhamad Amirullah Nablan (Pengarah LKTN Negeri Terengganu).