4 MAC 2024 : KOTA BHARU
PERHIMPUNAN BULANAN KAKITANGAN LKTN DAN PROGRAM CERAMAH RAMADAN : RAMADAN YANG DINANTI
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Kakitangan LKTN bagi bulan Mac 2024 bertempat di Dewan Jubli Perak, Ibu Pejabat LKTN.
Bersempena kedatangan Bulan Ramadan yang mulia, LKTN turut mengambil inisiatif mengadakan Ceramah Ramadan bertajuk Ramadan Yang Dinanti kepada semua kakitangan LKTN yang hadir secara fizikal dan atas talian melalui aplikasi zoom.
Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Osman Nat Zin atas kesudian menyampaikan ceramah kepada kakitangan LKTN. Semoga kakitangan LKTN mengambil pendekatan yang positif melalui ceramah yang disampaikan ini.