21 Januari 2025 | Kota Bharu
PERSIDANGAN KAKITANGAN PENTADBIRAN LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA TAHUN 2025
Unit Latihan, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) telah menganjurkan Persidangan Kakitangan Pentadbiran Tahun 2025 pada 20 hingga 21 Januari 2025 bertempat di Hotel ibis Styles, Kota Bharu. Persidangan ini diadakan sebagai menjadi wadah bagi mencari solusi dalam usaha memperkasakan perkhidmatan ke arah membangunkan Malaysia Madani yang mampan dan sejahtera.
Keterlibatan pegawai LKTN dalam persidangan ini adalah seramai 70 orang daripada seluruh Malaysia. Persidangan ini telah dirasmikan oleh Encik Muhammad Zuhdi bin Mustaffa (Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Operasi).
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Persidangan Kakitangan Pentadbiran LKTN bagi tahun 2025. Semoga para peserta beroleh manfaat yang berharga dengan apa yang dikongsikan.