26 & 27 MAC 2024 | KOTA BHARU
PERSIDANGAN KAWAL SELIA TEMBAKAU 2024
Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) melalui Bahagian Pelesenan Dan Penguatkuasaan telah menganjurkan Persidangan Kawal Selia Tembakau 2024 bertempat di H-Elite Design Hotel, Tunjong, Kota Bharu, Kelantan.
Persidangan ini telah dirasmikan oleh Ybrs. Tuan Haji Wan Baharuddin Wan Ismail (Ketua Pengarah LKTN) dan dihadiri oleh seramai 65 orang kakitangan LKTN seluruh negara. Tujuan persidangan ini diadakan adalah untuk memastikan perancangan kawal selia tembakau dan petunjuk prestasi utama yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut agenda kawal selia secara holistik.
Antara sesi pembentangan yang dijalankan ialah Taklimat Key Performance Indicator (KPI) LKTN Tahun 2024, Sasaran Kawal Selia Tembakau 2024, SOP Penguatkuasaan LKTN Secara Pendidikan (Smart Enforcement), Kompaun di bawah Akta LKTN, Garis Panduan Semakan Lesen dan Bayaran Lesen di Kaunter (sistem E-lesen v2), serta Tabung Kebajikan Industri Kenaf Tembakau (TKIKT).
Turut hadir di persidangan adalah En. Muhammad Zuhdi Mustaffa (Pengarah Pemasaran Menjalankan Tugas Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Dan Operasi).
Semoga persidangan ini akan terus meningkatkan prestasi dan memastikan kelancaran aktiviti kawal selia tembakau negara 
