Komitmen kami adalah untuk menerajui pembangunan industri fiber berasaskan tumbuhan termasuk kenaf dan mengawal selia industri tembakau bagi menjana ekonomi negara.
Memastikan sebarang pertanyaan dan aduan daripada pelanggan diberi maklum balas awal dalam tempoh 7 hari bekerja.
Menguruskan pendaftaran aktiviti kenaf dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan pendaftaran untuk kelulusan;
Menguruskan permohonan lesen tembakau dan keluaran tembakau dalam tempoh 7 hari bekerja;
Menguruskan permohonan permit pengangkutan tembakau diawet dalam tempoh 3 hari bekerja;
Memastikan kelulusan permohonan Permit Import Tembakau dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima; dan
Menguruskan permohonan bantuan Tabung Kebajikan Industri Kenaf dan Tembakau (TKIKT) dalam tempoh 14 hari bekerja.
Menguruskan penyaluran bantuan insentif tanaman kenaf kepada pengusaha kenaf dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pelaksanaan tanaman;
Mengadakan program khidmat nasihat dan pengembangan untuk satu kawasan kumpulan sasar sekurang-kurangnya sekali setiap tahun;
Menguruskan permohonan dana Penyelidikan dan Pembangunan kepada pemohon dalam tempoh 60 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap; dan
Mengadakan sesi libat urus bersama industri sekurang-kurangnya sekali setiap tahun.
Menguruskan tuntutan bayaran hasil kenaf kepada pengusaha kenaf dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan tuntutan yang lengkap;
Memproses permohonan pembelian kenaf daripada pengilang kenaf atau individu dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan; dan
Menguruskan penghantaran produk yang ditempah melalui Kenafmall dalam tempoh 7 hari bekerja.
Menguruskan tempahan perkhidmatan mekanisasi ladang dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan;
Tindakan pembaikian kerosakan jentera dan mesin dilakukan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh penerimaan laporan kerosakan; dan
Tuntutan bayaran perkhidmatan mekanisasi ladang dimajukan kepada pelanggan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh akhir perkhidmatan.
Memastikan pengurusan perolehan agensi dilaksanakan mengikut peraturan dan pekeliling tatacara perolehan yang ditetapkan:-
- Perolehan secara pembelian terus diurus dalam tempoh 14 hari;
- Perolehan secara sebutharga diurus dalam tempoh 45 hari; dan
- Perolehan secara tender diurus dalam tempoh 70 hari.
Memastikan pembayaran bil dan tuntutan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan tuntutan yang lengkap beserta dokumen sokongan berkaitan.
Mengemaskini dan memuat naik maklumat terkini ke laman web agensi dalam tempoh 2 hari bekerja.
Menerbitkan dan mengedarkan maklumat rasmi agensi:-
- Menerbitkan Helaian Fakta sebelum 15 haribulan setiap bulan;
- Menerbitkan Buku Perangkaan pada bulan Mei setiap tahun; dan
- Menerbitkan Buku Laporan Tahunan sekali setahun.