PROGRAM 2 TAHUN KERAJAAN MADANI DAN KONVENSYEN NASIONAL REFORMASI PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2024

22-24 NOVEMBER 2024 | KUALA LUMPUR
 
PROGRAM 2 TAHUN KERAJAAN MADANI (2TM) DAN KONVENSYEN NASIONAL REFORMASI PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2024
 
Program 2 Tahun Kerajaan MADANI (2TM) Dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 telah diadakan pada 22 hingga 24 November 2024 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim (Perdana Menteri) telah hadir dan menyempurnakan majlis perasmian bagi program ini.
 
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) bersama-sama agensi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) turut menyertai Program 2 Tahun Kerajaan MADANI sebagai pempamer di Reruai K33, Hall 4.
 
Turut berkesempatan melawat pameran ialah YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof (Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air), YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Menteri Perladangan dan Komoditi), YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar (Ketua Setiausaha Negara), YBhg. Dato’ Yusran Shah Mohd Yusof (Ketua Setiausaha KPK) dan YBhg. Dato’ Abdul Hadi Omar (Timbalan Ketua Setiausaha, Perancangan Strategik & Pengurusan KPK).
 
Pelbagai aktiviti telah dijalankan di reruai KPK dan agensi termasuk Pameran Produk Berasaskan Kenaf, Kaunter Pendaftaran Penanam Kenaf dan Kuiz Kenaf. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada warga Kuala Lumpur kerana sudi singgah di reruai LKTN 🫶🏻