PROGRAM BICARA KENAF BERSAMA MASYARAKAT SETEMPAT MERLIMAU, MELAKA

25 JULAI 2024 | MERLIMAU
 
PROGRAM BICARA KENAF BERSAMA MASYARAKAT SETEMPAT DI MERLIMAU, MELAKA
 
Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara Negeri Melaka telah mengadakan program Bicara Kenaf bersama masyarakat setempat di Pusat Industri Kenaf (PIK), Merlimau, Melaka.
 
Penganjuran program ini adalah salah satu usaha LKTN turun padang untuk memberi penerangan berkenaan tanaman kenaf.
 
Turut dibuka adalah Kaunter Pendaftaran Budi Agrokomoditi untuk memohon atau menyemak status bagi penanam kenaf yang berdaftar dan berkelayakan.
 
Penerangan telah disampaikan oleh Encik Mohamad Adam Bin Md Isa (Pegawai Negeri LKTN Melaka).