PROGRAM CERAMAH AGAMA RAMADAN SESI 2: ‘KU DAMBAKAN RAHMAT-MU DI HARI LEBARAN’

2 APRIL 2024 | KOTA BHARU
 
PROGRAM CERAMAH AGAMA RAMADAN SESI 2 YANG BERTAJUK ‘KU DAMBAKAN RAHMAT-MU DI HARI LEBARAN’
 
Hari ini telah diadakan program Ceramah Agama Ramadan yang bertajuk ‘Ku Dambakan Rahmat-Mu Di Hari Lebaran’ bertempat di Dewan Jubli Perak, Ibu Pejabat Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN).
 
Ceramah telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ali Abdu Rahman Bin Hassan kepada 130 kakitangan LKTN. Turut hadir adalah YBrs. Tuan Haji Wan Baharuddin Wan Ismail (Ketua Pengarah).
 
Semoga ceramah ini dapat dijadikan iktibar daripada ilmu yang disampaikan serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga LKTN.