PROGRAM JIWA KOMUNITI MADANI

21 APRIL 2024 | KOTA BHARU
 
Hari ini telah diadakan Program Jiwa Komuniti MADANI dan Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Parlimen Kota Bharu bertempat di Dataran Muhammadi, Kota Bharu.
 
Program telah disempurnakan oleh YB Tuan Adly Zahari (Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia) disaksikan oleh YB Dr. Hafidzah Haji Mustakim (Adun Kota Lama) dan tetamu kehormat yang hadir.
 
YB Timbalan Menteri seterusnya melawat reruai pameran Agensi Kerajaan dan berkesempatan singgah di reruai Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara yang turut menyertai pameran pada kali ini.
 
Turut diadakan Jamuan Hari Raya dan Majlis Ramah Mesra (Kenduri Rakyat) yang dimeriahkan dengan kehadiran 4000 orang masyarakat parlimen Kota Bharu.
 
Terima kasih diucapkan kepada YB Timbalan Menteri dan semua pengunjung yang sudi melawat ke reruai pameran LKTN hari ini 🇲🇾