PROGRAM MADANI RAKYAT ZON TIMUR 2024

6 JULAI 2024 | KUANTAN
 
Majlis Perasmian Program MADANI Rakyat 2024 (Zon Timur) telah diadakan pada hari ini yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Anwar Ibrahim, (Perdana Menteri) bertempat di Dataran Sayangi Kuantan, Kuantan, Pahang.
 
Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) bersama-sama agensi di bawah Kementerian Perladangan Dan Komoditi (KPK) juga menyertai program ini dengan membuka kaunter pameran KPK di Reruai A12.
 
YBhg. Dato’ Yusran Shah Mohd Yusof (Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan Dan Komoditi) turut berkesempatan mengunjungi reruai LKTN pada hari ini. Turut hadir mewakili LKTN ialah En. Muhammad Zulkifli Shari (Pengarah Negeri Pahang).
 
Pelbagai aktiviti dijalankan di reruai KPK dan agensi termasuk aktiviti pameran, kuiz, kaunter khidmat nasihat, Promosi Program Latihan serta Kaunter Pendaftaran BUDI Agri-Komoditi.
 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada para pengunjung yang telah memeriahkan reruai KPK. Anda memang terbaik!
 
Teruskan menyokong industri kenaf dan kawal selia tembakau negara 🇲🇾