PROGRAM PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN TABUNG KEBAJIKAN INDUSTRI KENAF DAN TEMBAKAU LKTN NEGERI PAHANG TAHUN 2024

2 SEPTEMBER 2024 | KUALA ROMPIN
 
PROGRAM PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) TABUNG KEBAJIKAN INDUSTRI KENAF DAN TEMBAKAU (TKIKT) LKTN NEGERI PAHANG TAHUN 2024
 
Program penyerahan sumbangan Bantuan Awal Persekolahan untuk pencarum Tabung Kebajikan Industri Kenaf Dan Tembakau Negara (TKIKT) LKTN bagi Negeri Pahang telah diadakan di Perkarangan Pejabat LKTN Rompin, Pahang.
 
Program sumbangan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hj. Wan Abd. Rahim Wan Abdullah (Pengerusi LKTN). Bantuan awal persekolahan ini diberikan kepada pencarum yang memiliki anak yang memasuki persekolahan di tahun 1 dan tingkatan 1.
 
Seramai 19 pencarum dengan jumlah anak pencarum seramai 20 orang telah layak menerima bantuan berkenaan. Dari 20 orang tersebut, seramai 8 orang dari tahun 1 dengan sumbangan RM100/orang berjumlah RM 800.00 manakala bagi tingkatan 1 seramai 12 orang dengan sumbangan RM150/orang berjumlah RM1,800.00 di mana jumlah keseluruhan sumbangan bagi negeri Pahang adalah berjumlah RM 2,600.00.
 
Objektif bagi sumbangan bantuan ini adalah untuk membantu meringankan beban kewangan tanggungan pencarum, menggalakkan penanam kenaf dan mereka yang terlibat dengan aktiviti kenaf mendaftar dengan TKIKT dan menjaga kebajikan pencarum TKIKT serta memastikan bantuan kerajaan dapat dimanfaatkan oleh golongan sasar.
 
Semoga sumbangan yang diberikan dapat membantu meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak pencarum TKIKT.